Nie nak share pulak tentang kebaikan dan kelebihan produk yang saya guna, Minyak Sejuta Rahsia Anugerah. Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.
Seiring
dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin
meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.
Herba-herba
ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit
sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding
dengan perubatan moden.
Apabila
digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang
bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap
keberkesanannya.
Minyak
Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan
tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini
ditenagakan dengan rangkaian doa-doa
terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit
dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.
Seharusnya
kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan Al-Quran sendiri supaya bertambah
iman dan taqwa. Sebagai manusia kita tidak harus behenti berusaha untuk mencari
penawar kepada segala penyakit dan penentuannya hanya dengan keizinan Allah
S.W.T.
Isi Kandungan Herba Minyak
Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus, Ekstrak halia bara, Ekstrak serai, Ekstrak limau purut, Ekstrak lengkuas, Ekstrak pudina, Ekstrak bunga cengkih, Ekstrak buah pala, Minyak avokado.
Minyak Kayu Putih
Melegakan kekejangan otot, sakit reumatik dan digunakan dalam rawatan penyakit paru-paru seperti bronchitis, sinusitis, selsema, sejuk dan arthritis.
Halia Bara
Merawat penyakit angin dalam badan, lenguh-lenguh, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, sengal sendi tulang, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan, sakit pinggang, sakit kepala dan melangsingkan badan.
Serai
Melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Limau Purut
Digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.
Lengkuas
Melegakan sakit perut, sakit sendi, demam, bronchitis dan kencing manis. Ia juga menjadi bahan utama yang digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin.
Pudina
Melegakan sakit kepala, masalah kekembungan angin perut, senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan membantu kitaran haid. Juga baik untuk masalah pernafasan seperti selsema, hidung berair dan sakit dada. Bersifat antiseptic untuk menyejukkan kulit yang gatal, disebabkan gigitan serangga.
Bunga Cengkih
Berkhasiat untuk mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, demam campak. Turut member kesan yang hangat bagi menjadi perangsang untuk antiseptik.
Buah Pala
Bermanfaat untuk menghilangkan sakit belakang, sakit kaki, sakit otot, merawat stress, susah tidur, menghalang kemasukan angin dalam badan yang mengakibatkan kembung.
Minyak Avokado
Ramuan mujarab untuk menentang masalah “stretch mark” terutama sekali selepas bersalin. Mengekalkan kelembapan agar kulit tidak kering dan menghilangkan kedut.Minyak Anugerah ini telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat Al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus
selain bacaan 30 juzuk Al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia
Anugerah ini:
• Surah al-Faatihah • Surah
Luqman
• Surah al-Qadr • Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas • Surah
al-Falaq
• Surah an-Naas • Surah
al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128 • Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah • Surah
al-Isra'
• Surah as-Saaffaat • Surah
A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19 • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar • Bacaan
doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat
penawar, pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan
Cubalah Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini dan anda mendapat manfaat seperti:
• kekejangan
otot selepas bersukan berkurangan
• senggugut
beransur hilang
• kesan
akibat ‘ular-ular’ berkurangan
• badan
semakin bertenaga dan bersemangat
• terlindung
dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• pulih
dari sakit perut yang kronik dan sebagainya
Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia
Sapu pada bahagian badan yang sakit
sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan
Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah kerana Ianya telah didoakan.
Kita hanya mampu berikhtiar, segalanya ditentukan dengan keizinannya..
berminat utk jd dropship.. 0149415065
BalasPadamMinyak ni boleh buat sapu di
BalasPadamtapak kaki x?saye konfius sbb minyak ni kn ade bacaan ayat suci