Imam Ibnu Qayyim berkata: “Barangsiapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih daripada penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur maka dia akan memperoleh pelbagai hikmah”.
Jika anda ingin mencapai ketenangan jiwa, hilangkan penyakit duniawi ini maka kita akan memperoleh pelbagai hikmah seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)
Dengan berzikir dapat menghiasi kehidupan harian dan menjadikan kita sentiasa cergas, sihat dan bersemangat dalam menjunjung perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Apa yang lebih utama ialah dapat mengecapi ketenangan hidup apabila jiwanya sentiasa hidup dalam beribadat kepada Allah. Seperti firman Allah bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah, tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal soleh beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ra’d , ayat 28-29)
Ibnu Mas’ud berkata: “Jika itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini; pertama, tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya baik-baik. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, cari tempat dan waktu sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tulus ikhlas.”
Amalkan doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa. Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa antaranya seperti diriwayatkan Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: “Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (Bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang).
Dekatkanlah diri dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Ibnu Qaiyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul-Ma’ad, bahagian ketiga muka surat 110-111 (cetakan Mesir pada 1928) menyatakan, setiap doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan memeriksa jiwanya dan tidak dapat memberikan rawatan kepada pesakitnya selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah dan mengingati hari kiamat. Jika tidak, mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan calon doktor yang masih lemah.
Dekatkanlah diri dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Ibnu Qaiyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul-Ma’ad, bahagian ketiga muka surat 110-111 (cetakan Mesir pada 1928) menyatakan, setiap doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan memeriksa jiwanya dan tidak dapat memberikan rawatan kepada pesakitnya selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah dan mengingati hari kiamat. Jika tidak, mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan calon doktor yang masih lemah.
Sumber : Harian Metro Minda Zikir Sebagai TERAPI JIWA
*****************************************************
Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskan pelaksanaannya."
Petunjuk agama menyatakan, jika seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala amalan itu turut mengalir dalam 'akaun pahala' kita kelak. Namun di samping menyampaikan dan membantu orang lain, janganlah hingga kewajipan kita terabai, kesihatan terganggu dan emosi tidak menentu.
Rasulullah bersabda : "Dua nikmat sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa terluang." (hadis riwayat Bukhari)
Imam Ibnu Qayyim pernah berkata : "Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakankan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia daripada akhirat sementara mensia-siakan masa dengan banyak angan-angan." Oleh itu, terkumpullah semua kerosakan dengan mengikut hawa nafsu dan angan-angan tinggi.
Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata : "Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Sesiapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, begitu juga sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari daripada usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran, kewajipan atau kemuliaaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya."
Ibn 'Uqail Al-Hambali berkata : "Tidak halal bagiku untuk mensia-siakan sesaat saja daripada umurku, sehingga apabila lisanku telah lelah mebaca dan berdiskusi, mataku lelah membaca, maka aku menggunakan fikiranku dalam keadaan beristirehat (berbaring atas tempat tidur). Aku tidak berdiri, kecuali telah terlintas di benakku apa yang akan aku tulis dan aku mendapati kesungguhanku belajar."
Rasulullah bersabda : "Rebutlah
5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya
hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum
jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup
engkau sebelum datang saat mati."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MENCEGAH
LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
Peribahasa ni sering
kita dengar, cuma kita kurang memberi perhatian terhadapnya..
Manusia iaitu kita
adalah anugerah dan sebaik-baik ciptaan Allah. Jadi, kita perlu menjaga diri kita
sebaik-baiknya.. memang susah nak menjaga tubuh badan sekiranya kita tak tahu
apa-apa mengenainya. Macam mana kita nak melawan musuh (penyakit) sekiranya kita
tak memahami mengapa dan bagaimana penyakit bertindak? Jadi, kita sendiri la
yang perlu mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan.
Sistem Imun Tubuh
Sistem yang kompleks ini
dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta sebagai sistem pertahanan
yang mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit. Sistem ini bekerja
setiap saat tanpa henti untuk melindungi diri kita daripada serangan
mikroorganisma yang membawa penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari
luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.
Dalam setiap saat
kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan
berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda
sistem imun sudah mulai lemah. Antara faktor lain yang melemahkan sistem imun
adalah peningkatan usia, tidak cukup rehat, stres,makanan berproses, pertanian
moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun
perosak, racun rumpai) dll..
Namun, harus diingatkan
bahawa sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sama ada terlebih atau
terkurang tindak balas, boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit..
Jadi,memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina
pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat
demam, selsema, kencing manis atau kanser dan seumpamanya. Sama-samalah kita
perkasakan sistem imun untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan
sepanjang hayat. Jauhi faktor-faktor yang melemahkan sistem imun kita di samping
amalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup yang sihat.
Amalan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan
pengubatan..
Sabda baginda Rasulullah s.a.w
maksudnya:"Berpuasalah kamu,nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu
Hurairah)
Sumber : Kalamhatihamba.Cegah sebelum kena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan