2 Januari hingga 11 Januari - Oren
12 Januari hingga 24 Januari - Kuning
25 Januari hingga 3 Februari - Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari - Biru
9 Februari hingga 18 Februari - Hijau
19 Februari hingga 28 Februari - Perang
1 Februari hingga 10 Mac - Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac - Lime
21 Mac - Hitam
22 Mac hingga 31 Mac - Unggu
1 April hingga 10hb April - Biru
11 April hingga 20
April – Perak
21 April hingga 30
April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei –
Biru
15 Mei hingga 24 Mei
– Emas
25 Mei hingga 3 Jun –
Krim
4 Jun hingga 13 Jun –
Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun
– Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai
– Merah
5 Julai hingga 14
Julai – Oren
15 Julai hingga 25
Julai – Kuning
26 Julai hingga 4
Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos
– Biru Laut
14 Ogos hingga 23
Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2
September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22
September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3
Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13
Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23
Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11
November – Putih
12 November hingga 21
November – Emas
22 November hingga 1
Disember – Krim
2 Disember hingga 11
Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21
Disember – Maroon
22 Disember – Teal
Merah (Kayu)
23 Disember hingga 1 Januari - Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga
sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’. Teman @ kekasih
yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Kamu ini
seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin
berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong
orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan
‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih. Selain itu, sudah tentunya kamu
seorang ceria selalu. Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan
setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam
menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan
menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai. Ketika itu, kamu tak perlukan
masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL
MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main
lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal
kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan
dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah
terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa
cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka
memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap
kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH
JAMBU
Kamu akan
berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu
lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang
di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja
berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan
percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu
kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang
yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun
dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata
kamu saja. Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh
kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga
berjumpa dengan jejaka@gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya.
EMAS
Kamu seorang
yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga
seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka
bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu
sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu
menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar
untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang
yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang
yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam
sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap
kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang
tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya.
Sentiasa saja berminat hal-hal yang romantik bersama si dia.
MAROON
Bagi kamu
yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu
apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu
menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau
pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu
cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga
terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu
ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan
yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah
tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini
membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam
hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya.
Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk
mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan
percayakan dia. Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya
itu amat penting!
UNGU
Kamu ini
gadis@jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu
kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik
yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan
diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi
kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika
kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih
cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan
mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat
mengenali diri kamu lebih dekat lagi.
LIME
(WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu
yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu
juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan
agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin. Pun
begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuat orang ramai menyukai
diri kamu. Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu.
PERAK
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut
berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu
sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga. Namun sikap kamu yang
suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan… bukan apa, kamu suka
mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi
perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga
keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan
dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga
suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa
saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan
pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup
kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang
lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika
inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
BUAH ZAITON (OLIVE)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka
menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak
menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite'
di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria.
Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal
cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal.
PERANG
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti
yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa
menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk
didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam
soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak
berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak?
Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si
dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya
dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi
kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja.
Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati
dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri
sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan
sikap humor yang kamu miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih
sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah
kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga
cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga
mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal
cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta.
Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan
benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu
mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi
kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang
yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu,
kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap
pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya.
Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar
dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan
kamu sendiri pun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap
kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran @ kerjaya. Walau
bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek
kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi
kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
BIRU KEHIJAUAN (AQUA)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah
secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu
juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi
kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur
dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui
cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu
sering tertipu serta gagal dalam bercinta.... Oleh itu, percaya boleh, tapi
jangan membuta tuli, kelak memakan diri.
Sumber ; http://101-rahsia.blogspot.com/2010/07/rahsia-pesonaliti-menerusi-tarikh-lahir.html