Surah Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.
Video ini memaparkan kemusnahan bumi dan seluruh alamnya serta menyaksikan bagaimana keegoaan manusia terhancur sekelip mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui gambaran sebenar kedahsyatan hari penghabisan ini. Nazubillah....
Rabu, 12 Disember 2012
MUTIARA TERAPI JIWA
Imam Ibnu Qayyim berkata: “Barangsiapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih daripada penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur maka dia akan memperoleh pelbagai hikmah”.
Jika anda ingin mencapai ketenangan jiwa, hilangkan penyakit duniawi ini maka kita akan memperoleh pelbagai hikmah seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)
Dengan berzikir dapat menghiasi kehidupan harian dan menjadikan kita sentiasa cergas, sihat dan bersemangat dalam menjunjung perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Apa yang lebih utama ialah dapat mengecapi ketenangan hidup apabila jiwanya sentiasa hidup dalam beribadat kepada Allah. Seperti firman Allah bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah, tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal soleh beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ra’d , ayat 28-29)
Ibnu Mas’ud berkata: “Jika itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini; pertama, tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya baik-baik. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, cari tempat dan waktu sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tulus ikhlas.”
Amalkan doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa. Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa antaranya seperti diriwayatkan Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: “Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (Bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang).
Dekatkanlah diri dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Ibnu Qaiyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul-Ma’ad, bahagian ketiga muka surat 110-111 (cetakan Mesir pada 1928) menyatakan, setiap doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan memeriksa jiwanya dan tidak dapat memberikan rawatan kepada pesakitnya selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah dan mengingati hari kiamat. Jika tidak, mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan calon doktor yang masih lemah.
Dekatkanlah diri dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”
Ibnu Qaiyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul-Ma’ad, bahagian ketiga muka surat 110-111 (cetakan Mesir pada 1928) menyatakan, setiap doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan memeriksa jiwanya dan tidak dapat memberikan rawatan kepada pesakitnya selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah dan mengingati hari kiamat. Jika tidak, mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan calon doktor yang masih lemah.
Sumber : Harian Metro Minda Zikir Sebagai TERAPI JIWA
*****************************************************
Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskan pelaksanaannya."
Petunjuk agama menyatakan, jika seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala amalan itu turut mengalir dalam 'akaun pahala' kita kelak. Namun di samping menyampaikan dan membantu orang lain, janganlah hingga kewajipan kita terabai, kesihatan terganggu dan emosi tidak menentu.
Rasulullah bersabda : "Dua nikmat sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa terluang." (hadis riwayat Bukhari)
Imam Ibnu Qayyim pernah berkata : "Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakankan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia daripada akhirat sementara mensia-siakan masa dengan banyak angan-angan." Oleh itu, terkumpullah semua kerosakan dengan mengikut hawa nafsu dan angan-angan tinggi.
Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata : "Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Sesiapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, begitu juga sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari daripada usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran, kewajipan atau kemuliaaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya."
Ibn 'Uqail Al-Hambali berkata : "Tidak halal bagiku untuk mensia-siakan sesaat saja daripada umurku, sehingga apabila lisanku telah lelah mebaca dan berdiskusi, mataku lelah membaca, maka aku menggunakan fikiranku dalam keadaan beristirehat (berbaring atas tempat tidur). Aku tidak berdiri, kecuali telah terlintas di benakku apa yang akan aku tulis dan aku mendapati kesungguhanku belajar."
Rasulullah bersabda : "Rebutlah
5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya
hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum
jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup
engkau sebelum datang saat mati."
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
MENCEGAH
LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
Peribahasa ni sering
kita dengar, cuma kita kurang memberi perhatian terhadapnya..
Manusia iaitu kita
adalah anugerah dan sebaik-baik ciptaan Allah. Jadi, kita perlu menjaga diri kita
sebaik-baiknya.. memang susah nak menjaga tubuh badan sekiranya kita tak tahu
apa-apa mengenainya. Macam mana kita nak melawan musuh (penyakit) sekiranya kita
tak memahami mengapa dan bagaimana penyakit bertindak? Jadi, kita sendiri la
yang perlu mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan.
Sistem Imun Tubuh
Sistem yang kompleks ini
dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta sebagai sistem pertahanan
yang mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit. Sistem ini bekerja
setiap saat tanpa henti untuk melindungi diri kita daripada serangan
mikroorganisma yang membawa penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari
luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.
Dalam setiap saat
kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan
berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda
sistem imun sudah mulai lemah. Antara faktor lain yang melemahkan sistem imun
adalah peningkatan usia, tidak cukup rehat, stres,makanan berproses, pertanian
moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun
perosak, racun rumpai) dll..
Namun, harus diingatkan
bahawa sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sama ada terlebih atau
terkurang tindak balas, boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit..
Jadi,memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina
pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat
demam, selsema, kencing manis atau kanser dan seumpamanya. Sama-samalah kita
perkasakan sistem imun untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan
sepanjang hayat. Jauhi faktor-faktor yang melemahkan sistem imun kita di samping
amalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup yang sihat.
Amalan yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan
pengubatan..
Sabda baginda Rasulullah s.a.w
maksudnya:"Berpuasalah kamu,nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu
Hurairah)
Sumber : Kalamhatihamba.Cegah sebelum kena
Selasa, 11 Disember 2012
MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH
Nie nak share pulak tentang kebaikan dan kelebihan produk yang saya guna, Minyak Sejuta Rahsia Anugerah. Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.
Seiring
dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin
meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.
Herba-herba
ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit
sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding
dengan perubatan moden.
Apabila
digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang
bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap
keberkesanannya.
Minyak
Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan
tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini
ditenagakan dengan rangkaian doa-doa
terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit
dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.
Seharusnya
kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan Al-Quran sendiri supaya bertambah
iman dan taqwa. Sebagai manusia kita tidak harus behenti berusaha untuk mencari
penawar kepada segala penyakit dan penentuannya hanya dengan keizinan Allah
S.W.T.
Isi Kandungan Herba Minyak
Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus, Ekstrak halia bara, Ekstrak serai, Ekstrak limau purut, Ekstrak lengkuas, Ekstrak pudina, Ekstrak bunga cengkih, Ekstrak buah pala, Minyak avokado.
Minyak Kayu Putih
Melegakan kekejangan otot, sakit reumatik dan digunakan dalam rawatan penyakit paru-paru seperti bronchitis, sinusitis, selsema, sejuk dan arthritis.
Halia Bara
Merawat penyakit angin dalam badan, lenguh-lenguh, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, sengal sendi tulang, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan, sakit pinggang, sakit kepala dan melangsingkan badan.
Serai
Melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Limau Purut
Digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.
Lengkuas
Melegakan sakit perut, sakit sendi, demam, bronchitis dan kencing manis. Ia juga menjadi bahan utama yang digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin.
Pudina
Melegakan sakit kepala, masalah kekembungan angin perut, senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan membantu kitaran haid. Juga baik untuk masalah pernafasan seperti selsema, hidung berair dan sakit dada. Bersifat antiseptic untuk menyejukkan kulit yang gatal, disebabkan gigitan serangga.
Bunga Cengkih
Berkhasiat untuk mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, demam campak. Turut member kesan yang hangat bagi menjadi perangsang untuk antiseptik.
Buah Pala
Bermanfaat untuk menghilangkan sakit belakang, sakit kaki, sakit otot, merawat stress, susah tidur, menghalang kemasukan angin dalam badan yang mengakibatkan kembung.
Minyak Avokado
Ramuan mujarab untuk menentang masalah “stretch mark” terutama sekali selepas bersalin. Mengekalkan kelembapan agar kulit tidak kering dan menghilangkan kedut.Minyak Anugerah ini telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat Al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.
Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus
selain bacaan 30 juzuk Al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia
Anugerah ini:
• Surah al-Faatihah • Surah
Luqman
• Surah al-Qadr • Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas • Surah
al-Falaq
• Surah an-Naas • Surah
al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128 • Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah • Surah
al-Isra'
• Surah as-Saaffaat • Surah
A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19 • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar • Bacaan
doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat
penawar, pembatal sihir dan pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan
Cubalah Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini dan anda mendapat manfaat seperti:
• kekejangan
otot selepas bersukan berkurangan
• senggugut
beransur hilang
• kesan
akibat ‘ular-ular’ berkurangan
• badan
semakin bertenaga dan bersemangat
• terlindung
dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• pulih
dari sakit perut yang kronik dan sebagainya
Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia
Sapu pada bahagian badan yang sakit
sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan
Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah kerana Ianya telah didoakan.
Kita hanya mampu berikhtiar, segalanya ditentukan dengan keizinannya..
Rabu, 28 November 2012
SUPER LEBAT SHAMPOO BERHERBA
Pada 20 November 2012 aku beli shampoo nie (Super Lebat Shampoo Berherba) di kedai Noor Anis Beauty TJ Mart Saleng Kulai. Tengok kandungannya memang yang macam aku cari... Dari ramuan Herba Asli Tradisi Melayu turun-temurun. Yang penting tiada kandungan SLS. Harga jualan RM25.00 tapi aku dapat diskaun RM22.00 sekotak.
Super Lebat Shampoo ini dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, khusus bagi mengatasi masalah rambut bercabang, kering, gugur dan kelemumur. Shampoo ini sesuai untuk semua jenis rambut kering, normal dan berminyak.
Extrac of Hisbicus
Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara)
Olive Oil
Spirulina
Mengkudu (Morinda Citrifolia)
Vitamin dan Mineral
Citrus Hystrix (Limau Purut)
Delonized Water
Berat : 180ml sebotol
Kegunaan dan kelebihan Super Lebat Shampoo Berherba
- Menghasilkan melanin yang mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman tanpa perlu diwarnakan.
- Sesuai digunakan sebagai shampoo harian rambut agar kekal segar dan bersinar selepas mandi.
- Membekalkan oksigen yang mencukupi bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengguatkan akar rambut agar tidak mudah putus serta memelihara kesihatan rambut.
- Mengatasi masalah rambut gugur, beruban, kelemumur dan melebatkan rambut.
- Sesuai digunakan oleh lelaki mahupun wanita.
Testimoni Pengguna Super Lebat Shampoo Berherba.
Jumaat, 16 November 2012
AURA CEO COFFEE
Khasiat dan kelebihan Aura CEO Coffee
Dengan hanya minum Aura CEO Coffee anda mendapat :
- Ketenangan fikiran dan emosi.
- Memberi keyakinan diri.
- Membantu mengurangkan berat badan.
- Membantu mengurangkan rasa lapar.
- Menghilangkan rasa mengantuk.
- Memberi kecergasan ketika memandu kenderaan.
- Membantu menambahkan tenaga.
- Meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.
- Kebahagiaan rumahtangga.
Bahan-bahan :
Kopi segera dari biji Kopi Arabica,
Krimer Tanpa Lemak,
Gula Halus,
Yis Merah,
Nelumo Nucifera (Lotus Seed),
Roselle
Cara Bancuhan :
Larutkan sebungkus kopi CEO dalam secawan air panas. Kacau mengikut putaran lawan arah jam sebanyak 7x disertakan Bismillah dan Selawat Nabi (bagi orang Islam). Simpan di tempat yang dingin dan kering. Jauhi dari sinaran matahari secara langsung.Harga Jualan : RM32.00 (S/M) RM38.00 (S/S)
(tidak termasuk kos penghantaran)
Berat : 23g x 15 sachets per kotak
TESTIMONI PAKAR PERUNDING AURALIFE
DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH
DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH
Selasa, 13 November 2012
WARNA DAN PERSONALITI DIRI
HIJAU
v Unsur / Elemen : Air
v Perwatakan fizikal :
Bentuk Lumber
v Deria : Memori Ingatan
v Positif : Kuat berfikir, Pemikiran Kritis, Objektif,
Pemikiran tajam, Peramah, Boleh dipercayai, Pintar, Bercakap sopan dan manis.
MERAH / MERAH JAMBU
v Unsur / Elemen : Api
v Perwatakan fizikal : Bentuk
abdomen
v Deria : Mata @ penglihatan
v Positif : Terbuka, Tenang, Menghayati, Rasional,
Kreatif, Kasih sayang, Keriangan, Pemurah, Kematangan, Tersendiri
PUTIH
v Unsur / Elemen : Angin
v Perwatakan fizikal :
Bentuk muka yang aneh
v Deria : Telinga @ pendengaran
v Positif : Deria otak yang peka, Bijak, Cerdik,
Perancang, Boleh membaca situaasi, Yakin diri, Jujur, Martabat, Kepimpinan,
Kerohanian, Semangat tinggi.
BIRU
v Unsur / Elemen : Tanah
v Perwatakan fizikal : Struktur
tulang belakang
v Deria : Kinestetik @ pergerakan fizikal
v Positif : Matang, Intelek, Berpandangan jauh, Cekal dan
tabah, Tegas, Kebolehan fizikal, Cita-cita tingggi, Agresif, Bergaya dan Bertanggungjawab.
Isnin, 12 November 2012
AURA DAN CAKERA WARNA
AURA
Aura merupakan medan tenaga biologi,
ataupun medan psikik yang menyelubungi semua makhluk (sebahagian daripada
fizikal badan manusia). Aura juga adalah
medan tenaga elektromagnetic yg berputar mengelilingi badan kita mengikut
putaran lawan jam yang berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar
mengikut kelajuan tersendiri (paling slow dibahagian bawah dan paling laju dibahagian
crown chakra yang mempunyai 7 pintu tenaga yang diwakili oleh warna-warna
pelangi...)
Aura sebenarnya terdiri daripada 7
LAPISAN, dimana lapisan luaran berkaitan dengan JIWA dan ROH, manakala lapisan
dalaman pula sering dikaitkan dengan MINDA, EMOSI dan KESIHATAN. Ia berkait
rapat dengan kesihatan fizikal badan yang mempengaruhi kekuatan dan
saiz aura kita. Ia juga boleh dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya
berubah-ubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.
CAKRA
Cakra adalah
perkataan bahasa Hindi, yang bermaksud 'Roda Tenaga'. Cakra memetakan
pusat-pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga ini
mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang. Di dalam badan manusia,
terdapat 7 pintu tenaga cakra yang diwakili oleh warna-warna
pelangi yang berada di badan kita yang terletak di sepanjang
tulang belakang sehingga ke atas kepala. Ke semua 7 cakra ini mempunyai
sifat-sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi-fungsi yang tersendiri.
Cakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang.
Pengaliran
tenaga melalui 7 pintu cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan
badan kita. Pintu-pintu cakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling
kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan
kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu cakra ini tersumbat atau tertutup maka
kemungkinan untuk kita terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan
perkembangan personaliti akan kita tempuhi. Haa tu yang nanti jadi penyedih,
pemendam, baran, kurang keyakinan, negatif thinking menebal, pelupa, hilang
fokus dan sebagainya..
Ajaran cakra
boleh difahami daripada 2 perspektif:-
a) Kelakuan
atau pesona seseorang, iaitu pemikiran, perasaan, emosi, fahaman diri, daya
cipta dan lain-lain.
b) Kesihatan
fizikal, di mana kita mengkaji kelemahan pada badan dan mengira indeks
kesihatan
Terdapat 7 cakera warna adalah
seperti berikut di bawah...
PINTU
CAKRA 1 - Root (Akar (berada di bahagian seksual)
Warna: MERAH ( Warna Untuk Menyeimbangkan Pemikiran Negatif Dan Emosi Aasas )
Pintu ini berkait rapat dengan
survival, security dan safety. Tenaga dari cakra ini yang akan menjadikan kita
berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan dalam pekerjaan. Sekiranya pintu cakra
ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang penakut, sering kecewa, insecure
dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit-sakit dibahagian
kaki).
· Semua penyakit berkaitan darah, masalah urat
timbul, buasir.
· Pembekuan darah di dalam pembuluh atau
jantung.
· Rawatan cirit-birit, najis berdarah, sindrom
radang usus dan sembelit.
· Merawat resdung dan mengawal penyakit selsema.
· Mengubati masalah mata, migrain, tekanan
perasaan, trauma dan mimpi kronik.
· Untuk semua kesakitan fizikal, ia juga baik
untuk segala masalah berkaitan urat saraf dan tulang.
· Boleh merawat bahagian kaki ke bawah
· Penawar untuk toksik dan pencemaran
elektrik
· Mengawal emosi serta bertindak sebagai
penawar toksik dalam otak
· Mudah memahami
· Cergaskan minda
· Memberi ketenangan jiwa
· Memberi tenaga
PINTU
CAKRA 2 - Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita
Warna: OREN ( Warna Keghairahan Dan Potensi )
Pintu ini mewakili
sexuality, creativity, intuition dan harga diri. Orang yang confident, kreatif
dan open minded adalah orang yang menjaga pintu cakra ke 2 ini... Sekiranya
pintu ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang suka mengongkong orang,
negatif atau close minded. Orang-orang ini akan mendapat penyakit seperti
kidney failure, stiff lower back, constipation dan muscles spams.
· Untuk wanita, ia berkaitan dengan semua masalah sakit puan, senggugut, tekanan sebelum haid, haid tidak teratur, putus haid (menopaus) dan masalah kedinginan.
· Untuk fungsi kelelakian, mati pucuk, trauma emosi berkaitan dengan keinginan, penghasilan sperma yang sangat kurang, kesuburan, masalah prostat, jangkitan salur kencing
· Mempengaruhi emosi
· Menaikkan seri wajah
· Merawat sengal sendi
· Kuatkan tenaga seksual & berkeinginan
· Sesuai untuk pasangan suami isteri, pengantin
PINTU CAKRA 3 - Solar Plexus (Perut)
Warna: KUNING ( Warna Keberanian )
Pintu ini mewakili kuasa
peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan dan kekuatan. Orang yang
menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang ceria, outgoing, ada maruah diri,
expressive and enjoy hidup dan challenges in life. Sekiranya pintu ini
tersumbat, kita tidak ada confidence, terlalu memikirkan apa yang orang lain
fikir tentang kita dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.
·
Kuatkan daya ingatan
·
Berkuasa, memberi tenaga
· Sistem penghadaman (masalah sakit di bahagian
perut, hati, duodenum, hempedu, pankreas), gastrik, ulser (luka dalam perut)
· Meredakan masalah buah pinggang dan kulit
· Masalah kolesterol
·
Penstabilan sistem rangsangan
·
Mengawal emosi dan panas baran
·
Bagi anak yang degil, malas bangun tidur ke
sekolah
PINTU
CAKRA 4 - Heart (Jantung)
Warna: HIJAU ( Warna Kasih Sayang Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili emosi,
kasih sayang, compassion dan kerohaniah (spiritual). Orang yang menjaga pintu
tenaga ini adalah orang yang peramah, compassionate, orang yang sentiasa
bersangka baik pada orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang
yang paranoid, indecisive (tak tetap pendirian), takut untuk dikecewakan dan tak
tau menghargai kasih sayang.
· Meraih simpati orang
· Meraih simpati orang
·
Masalah emosi berkaitan perasaan, patah hati,
sakit kepala
· Masalah kesedihan
· Masalah pernafasan dan sakit dada serta meluaskan saluran pernafasan
· Masalah buah dada dan kawasan berhampiran tangan
· Masalah berkaitan hati, paru-paru, batuk, asma, radang paru-paru dan sakit jantung
· Gangguan tisu halus
· Sesuai untuk interview, peniaga
· Masalah kesedihan
· Masalah pernafasan dan sakit dada serta meluaskan saluran pernafasan
· Masalah buah dada dan kawasan berhampiran tangan
· Masalah berkaitan hati, paru-paru, batuk, asma, radang paru-paru dan sakit jantung
· Gangguan tisu halus
· Sesuai untuk interview, peniaga
PINTU
CAKRA 5 - Throat (Leher)
Warna: BIRU ( Warna Hubungan Dan Pertuturan )
Pintu ini mewakili pusat
komunikasi samaada melalui suara atau tulisan. Orang yang menjaga pintu tenaga
ini adalah orang yang kreatif dalam penulisan, fikiran dan pemimpin yg bagus.
Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang lemah semangat, tidak
percaya akan kebolehan sendiri, pendiam dan takut pada baying-bayang sendiri.
· Masalah berkenaan dengan tekak, Tyroid, Paratyroid, Lyrynx dan Tonsil
· Masalah berkenaan dengan tekak, Tyroid, Paratyroid, Lyrynx dan Tonsil
· Masalah bertutur (gagap) dan melancarkan kata-kata
·
Menghilangkan gugup dan murung
·
Memberi tenaga berlebihan
·
Berkeyakinan dan banyak idea
·
Sesuai untuk pelajar, penceramah dan cikgu
·
Metabolisma tidak seimbang
· Gangguan selera, masalah berat badan dan suhu
badan tidak menentu. Ambil bersama serap sebagai program perlangsingan.
PINTU
CAKRA 6 - Third Eye (Mata ke 3)
Warna: INDIGO ( Warna Untuk Keceriaan Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili pusat untuk
kebolehan psikik, minda yang tinggi dan spiritual yg tinggi. Orang yang menjaga
pintu tenaga ini adalah orang tau apa yang dia mahu dalam hidup, telepati dan
orang yang boleh melihat kehidupan orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat,
kita adalah orang yang takut pada kejayaan dan ego tak kena tempat.
·
Menjana *Nervous System*
·
Mata kiri
·
Anti bakteria dan Anti oksidan
· Semua jenis penyakit berkaitan hidung, sakit
tulang, muka, sakit telinga dan sakit mata
· Masalah Neurologi
PINTU
CAKRA 7 - Crown (Ubun-Ubun)
Warna: VIOLET dan PUTIH ( Warna Untuk Semangat, Ingatan Dan Fikiran )
Pintu ini mewakili wisdom,
pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga yang alpha. Orang
yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tinggi kerohaniahnya dan orang
yang berfikiran tinggi dan positif. Roh ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik
juga melalui ubun-ubun... Pintu ini adalah pintu yang paling nak dijaga.
· Menjana kesihatan dan penyembuhan
· Menjana kesihatan dan penyembuhan
·
Awet muda
·
Menaikkan seri wajah, memberi tenaga serta
kecergasan
·
Menjana hormon, memori dan menumpukan
perhatian
·
Kebolehan mengingat
·
Penawar toksin dalam otak
·
Mata kanan
·
Migrain, Trauma.
·
Mimpi yang kronik,
·
Menyeimbangkan fikiran dan kepintaran.
·
Mengurangkan tekanan kerja
Info lanjut boleh tengok di sini Auralife
Langgan:
Catatan (Atom)