Surah Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.
Video ini memaparkan kemusnahan bumi dan seluruh alamnya serta menyaksikan bagaimana keegoaan manusia terhancur sekelip mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui gambaran sebenar kedahsyatan hari penghabisan ini. Nazubillah....

Selasa, 11 Disember 2012

MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH



Nie nak share pulak tentang kebaikan dan kelebihan produk yang saya guna, Minyak Sejuta Rahsia Anugerah. Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.

Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.

Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden.

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.


Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan  dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.


Seharusnya kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan Al-Quran sendiri supaya bertambah iman dan taqwa. Sebagai manusia kita tidak harus behenti berusaha untuk mencari penawar kepada segala penyakit dan penentuannya hanya dengan keizinan Allah S.W.T.

Isi Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus, Ekstrak halia bara, Ekstrak serai, Ekstrak limau purut, Ekstrak lengkuas, Ekstrak pudina, Ekstrak bunga cengkih, Ekstrak buah pala, Minyak avokado.

Minyak Kayu Putih
Melegakan kekejangan otot, sakit reumatik dan digunakan dalam rawatan penyakit paru-paru seperti bronchitis, sinusitis, selsema, sejuk dan arthritis.
Halia Bara
Merawat penyakit angin dalam badan, lenguh-lenguh, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, sengal sendi tulang, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan, sakit pinggang, sakit kepala dan melangsingkan badan.
Serai
Melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Limau Purut
Digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.
Lengkuas
Melegakan sakit perut, sakit sendi, demam, bronchitis dan kencing manis. Ia juga menjadi bahan utama yang digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin.
Pudina
Melegakan sakit kepala, masalah kekembungan angin perut, senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan membantu kitaran haid. Juga baik untuk masalah pernafasan seperti selsema, hidung berair dan sakit dada. Bersifat antiseptic untuk menyejukkan kulit yang gatal, disebabkan gigitan serangga.
Bunga Cengkih
Berkhasiat untuk mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, demam campak. Turut member kesan yang hangat bagi menjadi perangsang untuk antiseptik.
Buah Pala
Bermanfaat untuk menghilangkan sakit belakang, sakit kaki, sakit otot, merawat stress, susah tidur, menghalang kemasukan angin dalam badan yang mengakibatkan kembung.
Minyak Avokado
Ramuan mujarab untuk menentang masalah “stretch mark” terutama sekali selepas bersalin. Mengekalkan kelembapan agar kulit tidak kering dan menghilangkan kedut.

Minyak Anugerah ini telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat Al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk Al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:
•  Surah al-Faatihah                       •   Surah Luqman
•  Surah al-Qadr                              •   Surah al-Kafirun
•  Surah al-Ikhlas                             •   Surah al-Falaq
•  Surah an-Naas                            •   Surah al-Isra’ ayat 28
•  Surah at-Taubah ayat 128          •   Ayat Kursi
•  Surah al-Baqarah                        •   Surah al-Isra'
•  Surah as-Saaffaat                       •   Surah A-li’imraan
•  Surah al-Waaqi’ah ayat 19         •   Ayat-ayat Ruqyah
•  Bacaan istighfar                           •   Bacaan doa penyembuh angin ahmar
•  Bacaan doa khatamul Quran      •   Selawat Nabi dan doa syifa’
•  Selawat Tafrijiyyah                      •    Ayat penawar, pembatal sihir dan pukau
•  Doa menghindari ganguan syaitan    

Cubalah Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini dan anda mendapat manfaat seperti:
•           kekejangan otot selepas bersukan berkurangan
•           senggugut beransur hilang
•           kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan
•           badan semakin bertenaga dan bersemangat
•           terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
•           pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya


Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia
Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah kerana Ianya telah didoakan.

Kita hanya mampu berikhtiar, segalanya ditentukan dengan keizinannya..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...