Surah Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.
Video ini memaparkan kemusnahan bumi dan seluruh alamnya serta menyaksikan bagaimana keegoaan manusia terhancur sekelip mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui gambaran sebenar kedahsyatan hari penghabisan ini. Nazubillah....

Isnin, 12 November 2012

AURA DAN CAKERA WARNA


AURA
Aura merupakan medan tenaga biologi, ataupun medan psikik yang menyelubungi semua makhluk (sebahagian daripada fizikal badan manusia). Aura juga adalah medan tenaga elektromagnetic yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yang berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling slow dibahagian bawah dan paling laju dibahagian crown chakra yang mempunyai 7 pintu tenaga yang diwakili oleh warna-warna pelangi...)

Aura sebenarnya terdiri daripada 7 LAPISAN, dimana lapisan luaran berkaitan dengan JIWA dan ROH, manakala lapisan dalaman pula sering dikaitkan dengan MINDA, EMOSI dan KESIHATAN. Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan yang mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga boleh dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah-ubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.

CAKRA
Cakra adalah perkataan bahasa Hindi, yang bermaksud 'Roda Tenaga'. Cakra memetakan pusat-pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga ini mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang. Di dalam badan manusia, terdapat 7 pintu tenaga cakra yang diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang terletak di sepanjang tulang belakang sehingga ke atas kepala. Ke semua 7 cakra ini mempunyai sifat-sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi-fungsi yang tersendiri. Cakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang.

Pengaliran tenaga melalui 7 pintu cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita. Pintu-pintu cakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu cakra ini tersumbat atau tertutup maka kemungkinan untuk kita terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan perkembangan personaliti akan kita tempuhi. Haa tu yang nanti jadi penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, negatif thinking menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya..

Ajaran cakra boleh difahami daripada 2 perspektif:-
a) Kelakuan atau pesona seseorang, iaitu pemikiran, perasaan, emosi, fahaman diri, daya cipta dan lain-lain.
b) Kesihatan fizikal, di mana kita mengkaji kelemahan pada badan dan mengira indeks kesihatan



Terdapat 7 cakera warna adalah seperti berikut di bawah...

PINTU CAKRA 1 - Root (Akar (berada di bahagian seksual)  
Warna: MERAH ( Warna Untuk Menyeimbangkan Pemikiran Negatif Dan Emosi Aasas )
Pintu ini berkait rapat dengan survival, security dan safety. Tenaga dari cakra ini yang akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan dalam pekerjaan. Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang penakut, sering kecewa, insecure dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit-sakit dibahagian kaki).

·        Semua penyakit berkaitan darah, masalah urat timbul, buasir.
·        Pembekuan darah di dalam pembuluh atau jantung.
·        Rawatan cirit-birit, najis berdarah, sindrom radang usus dan sembelit.
·        Merawat resdung dan mengawal penyakit selsema.
·        Mengubati masalah mata, migrain, tekanan perasaan, trauma dan mimpi kronik.
·        Untuk semua kesakitan fizikal, ia juga baik untuk segala masalah berkaitan urat saraf dan tulang.
·        Boleh merawat bahagian kaki ke bawah
·        Penawar untuk toksik dan pencemaran elektrik
·        Mengawal emosi serta bertindak sebagai penawar toksik dalam otak 
·        Mudah memahami
·        Cergaskan minda
·        Memberi ketenangan jiwa
·        Memberi tenaga


PINTU CAKRA 2 - Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita  
Warna: OREN ( Warna Keghairahan Dan Potensi )
Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition dan harga diri. Orang yang confident, kreatif dan open minded adalah orang yang menjaga pintu cakra ke 2 ini... Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang suka mengongkong orang, negatif atau close minded. Orang-orang ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure, stiff lower back, constipation dan muscles spams.

·       Untuk wanita, ia berkaitan dengan semua masalah sakit puan, senggugut, tekanan sebelum haid, haid tidak teratur, putus haid (menopaus) dan masalah kedinginan.
·      Untuk fungsi kelelakian, mati pucuk, trauma emosi berkaitan dengan keinginan, penghasilan sperma yang sangat kurang, kesuburan, masalah prostat, jangkitan salur kencing
·         Mempengaruhi emosi
·         Menaikkan seri wajah
·         Merawat sengal sendi
·         Kuatkan tenaga seksual & berkeinginan
·         Sesuai untuk pasangan suami isteri, pengantin



PINTU CAKRA 3 - Solar Plexus (Perut)  
Warna: KUNING ( Warna Keberanian )
Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan dan kekuatan. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang ceria, outgoing, ada maruah diri, expressive and enjoy hidup dan challenges in life. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita tidak ada confidence, terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.

·         Kuatkan daya ingatan
·         Berkuasa, memberi tenaga
·         Sistem penghadaman (masalah sakit di bahagian perut, hati, duodenum, hempedu, pankreas), gastrik, ulser (luka dalam perut)
·         Meredakan masalah buah pinggang dan kulit
·         Masalah kolesterol
·         Penstabilan sistem rangsangan
·         Mengawal emosi dan panas baran
·         Bagi anak yang degil, malas bangun tidur ke sekolah


PINTU CAKRA 4 - Heart (Jantung) 
Warna: HIJAU ( Warna Kasih Sayang Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili emosi, kasih sayang, compassion dan kerohaniah (spiritual). Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang peramah, compassionate, orang yang sentiasa bersangka baik pada orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang paranoid, indecisive (tak tetap pendirian), takut untuk dikecewakan dan tak tau menghargai kasih sayang.

·         Meraih simpati orang
·         Masalah emosi berkaitan perasaan, patah hati, sakit kepala
·         Masalah kesedihan  
·         Masalah pernafasan dan sakit dada serta meluaskan saluran pernafasan
·         Masalah buah dada dan kawasan berhampiran tangan
·         Masalah berkaitan hati, paru-paru, batuk, asma, radang paru-paru dan sakit  jantung
·         Gangguan tisu halus
·         Sesuai untuk interview, peniaga


PINTU CAKRA 5 - Throat (Leher)  
Warna: BIRU ( Warna Hubungan Dan Pertuturan )
Pintu ini mewakili pusat komunikasi samaada melalui suara atau tulisan. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang kreatif dalam penulisan, fikiran dan pemimpin yg bagus. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam dan takut pada baying-bayang sendiri.

·        Masalah berkenaan dengan tekak, Tyroid, Paratyroid, Lyrynx dan Tonsil
·        Masalah bertutur (gagap) dan melancarkan kata-kata
·         Menghilangkan gugup dan murung
·         Memberi tenaga berlebihan
·         Berkeyakinan dan banyak idea
·         Sesuai untuk pelajar, penceramah dan cikgu
·         Metabolisma tidak seimbang
·        Gangguan selera, masalah berat badan dan suhu badan tidak menentu. Ambil bersama serap sebagai program perlangsingan.


PINTU CAKRA 6 - Third Eye (Mata ke 3)  
Warna: INDIGO ( Warna Untuk Keceriaan Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, minda yang tinggi dan spiritual yg tinggi. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang tau apa yang dia mahu dalam hidup, telepati dan orang yang boleh melihat kehidupan orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang takut pada kejayaan dan ego tak kena tempat.

·         Menjana *Nervous System*
·         Mata kiri
·         Anti bakteria dan Anti oksidan
·      Semua jenis penyakit berkaitan hidung, sakit tulang, muka, sakit telinga dan sakit mata
·         Masalah Neurologi


PINTU CAKRA 7 - Crown (Ubun-Ubun)  
Warna: VIOLET dan PUTIH ( Warna Untuk Semangat, Ingatan Dan Fikiran )                                
Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga yang alpha. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tinggi kerohaniahnya dan orang yang berfikiran tinggi dan positif. Roh ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik juga melalui ubun-ubun... Pintu ini adalah pintu yang paling nak dijaga.

·         Menjana kesihatan dan penyembuhan
·         Awet muda
·         Menaikkan seri wajah, memberi tenaga serta kecergasan
·         Menjana hormon, memori dan menumpukan perhatian
·         Kebolehan mengingat
·         Penawar toksin dalam otak
·         Mata kanan
·         Migrain, Trauma.
·         Mimpi yang kronik,
·         Menyeimbangkan fikiran dan kepintaran.
·         Mengurangkan tekanan kerja

Info lanjut boleh tengok di sini Auralife

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...