Surah Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.
Video ini memaparkan kemusnahan bumi dan seluruh alamnya serta menyaksikan bagaimana keegoaan manusia terhancur sekelip mata. Sesungguhnya hanya Allah sahaja mengetahui gambaran sebenar kedahsyatan hari penghabisan ini. Nazubillah....

Rabu, 12 Disember 2012

TAUBAT BANTU SEMBUH SAKIT




MUTIARA TERAPI JIWA

Imam Ibnu Qayyim berkata: “Barangsiapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih daripada penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur maka dia akan memperoleh pelbagai hikmah”.

Jika anda ingin mencapai ketenangan jiwa, hilangkan penyakit duniawi ini maka kita akan memperoleh pelbagai hikmah seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa mereka itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10)

Dengan berzikir dapat menghiasi kehidupan harian dan menjadikan kita sentiasa cergas, sihat dan bersemangat dalam menjunjung perintah Ilahi serta menjauhi larangan-Nya. Apa yang lebih utama ialah dapat mengecapi ketenangan hidup apabila jiwanya sentiasa hidup dalam beribadat kepada Allah. Seperti firman Allah bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah, tenang tenteram hati manusia. Orang beriman dan beramal soleh beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ra’d , ayat 28-29)

Ibnu Mas’ud berkata: “Jika itu penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini; pertama, tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya baik-baik. Kedua, majlis pengajian ilmu yang mengingatkan hatimu kepada Allah. Ketiga, cari tempat dan waktu sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tulus ikhlas.”

Amalkan doa pagi dan petang untuk mengatasi masalah jiwa. Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa antaranya seperti diriwayatkan Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu: “Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal (Bermaksud: Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang).

Dekatkanlah diri dengan membaca al-Quran. Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit jiwa seperti firman-Nya dalam surah Yunus ayat 57 yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.”

Ibnu Qaiyim Al-Jauzi dalam kitabnya berjudul Zadul-Ma’ad, bahagian ketiga muka surat 110-111 (cetakan Mesir pada 1928) menyatakan, setiap doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan memeriksa jiwanya dan tidak dapat memberikan rawatan kepada pesakitnya selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah dan mengingati hari kiamat. Jika tidak, mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan calon doktor yang masih lemah. 

Sumber :  Harian Metro Minda Zikir Sebagai TERAPI JIWA


*****************************************************


Wasiat As-Syahid Imam Hasan Al-Banna "Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskan pelaksanaannya."

Petunjuk agama menyatakan, jika seseorang beramal dengan sebab ajaran kita, maka pahala amalan itu turut mengalir dalam 'akaun pahala' kita kelak. Namun di samping menyampaikan dan membantu orang lain, janganlah hingga kewajipan kita terabai, kesihatan terganggu dan  emosi tidak menentu.

Rasulullah bersabda : "Dua nikmat sering disalahgunakan oleh manusia adalah kesihatan dan masa terluang." (hadis riwayat Bukhari)

Imam Ibnu Qayyim pernah berkata : "Salah satu bentuk mensia-siakan kehidupan adalah mensia-siakankan hati dan masa. Mensia-siakan hati bererti lebih mementingkan dunia daripada akhirat sementara mensia-siakan masa dengan banyak angan-angan." Oleh itu, terkumpullah semua kerosakan dengan mengikut hawa nafsu dan angan-angan tinggi.

Dr Yusof Al-Qaradhawi pernah berkata : "Salah satu tanda celaka adalah dengan mensia-siakan waktu. Sesiapa yang hari ini masih seperti kelmarin, maka ia golongan yang rugi, begitu juga sesiapa yang hari ini lebih buruk daripada semalam, maka ia menjadi orang yang terlaknat. Barang siapa yang melewatkan satu hari daripada usianya bukan untuk melaksanakan kebenaran, kewajipan atau kemuliaaan yang ia wariskan atau kebaikan yang ia  dapatkan atau kemuliaan yang ia usahakan atau ilmu yang ia raih, maka ia telah mensia-siakan masa dan menzalimi dirinya."

Ibn 'Uqail Al-Hambali berkata : "Tidak halal bagiku untuk mensia-siakan sesaat saja daripada umurku, sehingga apabila lisanku telah lelah mebaca dan berdiskusi, mataku lelah membaca, maka aku menggunakan fikiranku dalam keadaan beristirehat (berbaring atas tempat tidur). Aku tidak berdiri, kecuali telah terlintas di benakku apa yang akan aku tulis dan aku mendapati kesungguhanku belajar."

Rasulullah bersabda : "Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat mati."
            

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Peribahasa ni sering kita dengar, cuma kita kurang memberi perhatian terhadapnya..
Manusia iaitu kita adalah anugerah dan sebaik-baik ciptaan Allah. Jadi, kita perlu menjaga diri kita sebaik-baiknya.. memang susah nak menjaga tubuh badan sekiranya kita tak tahu apa-apa mengenainya. Macam mana kita nak melawan musuh (penyakit) sekiranya kita tak memahami mengapa dan bagaimana penyakit bertindak? Jadi, kita sendiri la yang perlu mencari dan mendapatkan maklumat-maklumat tentang kesihatan.

Sistem Imun Tubuh
Sistem yang kompleks ini dianugerahkan kepada kita oleh Yang Maha Pencipta sebagai sistem pertahanan yang mampu melindungi diri kita daripada sebarang penyakit. Sistem ini bekerja setiap saat tanpa henti untuk melindungi diri kita daripada serangan mikroorganisma yang membawa penyakit. Serangan tersebut bukan hanya datang dari luar malah dari dalam tubuh kita sendiri.
Dalam setiap saat kehidupan kita, yang memisahkan kita dengan kematian adalah sistem imun. Jangkitan berulang atau jangkitan kronik, walaupun hanya demam selsema merupakan tanda sistem imun sudah mulai lemah. Antara faktor lain yang melemahkan sistem imun adalah peningkatan usia, tidak cukup rehat, stres,makanan berproses, pertanian moden (makanan hilang khasiat), bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumpai) dll..
Namun, harus diingatkan bahawa sistem imun yang tidak berfungsi dengan baik sama ada terlebih atau terkurang tindak balas, boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.. Jadi,memperkasakan sistem imun merupakan langkah penting untuk membina pertahanan bagi melawan penyakit dan mengurangkan kemungkinan mendapat demam, selsema, kencing manis atau kanser dan seumpamanya. Sama-samalah kita perkasakan sistem imun untuk kehidupan yang lebih panjang dan kesihatan sepanjang hayat. Jauhi faktor-faktor yang melemahkan sistem imun kita di samping amalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup yang sihat.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan..
  Sabda baginda Rasulullah s.a.w maksudnya:"Berpuasalah kamu,nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu Hurairah)  

Sumber :  Kalamhatihamba.Cegah sebelum kena

Selasa, 11 Disember 2012

MINYAK SEJUTA RAHSIA ANUGERAH



Nie nak share pulak tentang kebaikan dan kelebihan produk yang saya guna, Minyak Sejuta Rahsia Anugerah. Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.

Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.

Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden.

Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.


Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan  dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.


Seharusnya kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan Al-Quran sendiri supaya bertambah iman dan taqwa. Sebagai manusia kita tidak harus behenti berusaha untuk mencari penawar kepada segala penyakit dan penentuannya hanya dengan keizinan Allah S.W.T.

Isi Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
• Minyak eucalyptus, Ekstrak halia bara, Ekstrak serai, Ekstrak limau purut, Ekstrak lengkuas, Ekstrak pudina, Ekstrak bunga cengkih, Ekstrak buah pala, Minyak avokado.

Minyak Kayu Putih
Melegakan kekejangan otot, sakit reumatik dan digunakan dalam rawatan penyakit paru-paru seperti bronchitis, sinusitis, selsema, sejuk dan arthritis.
Halia Bara
Merawat penyakit angin dalam badan, lenguh-lenguh, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut, sengal sendi tulang, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan, sakit pinggang, sakit kepala dan melangsingkan badan.
Serai
Melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai antiseptik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Limau Purut
Digunakan dalam rawatan aromaterapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.
Lengkuas
Melegakan sakit perut, sakit sendi, demam, bronchitis dan kencing manis. Ia juga menjadi bahan utama yang digunakan untuk merawat wanita selepas bersalin.
Pudina
Melegakan sakit kepala, masalah kekembungan angin perut, senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan membantu kitaran haid. Juga baik untuk masalah pernafasan seperti selsema, hidung berair dan sakit dada. Bersifat antiseptic untuk menyejukkan kulit yang gatal, disebabkan gigitan serangga.
Bunga Cengkih
Berkhasiat untuk mengatasi masalah kembung perut, masuk angin, sakit kepala, demam campak. Turut member kesan yang hangat bagi menjadi perangsang untuk antiseptik.
Buah Pala
Bermanfaat untuk menghilangkan sakit belakang, sakit kaki, sakit otot, merawat stress, susah tidur, menghalang kemasukan angin dalam badan yang mengakibatkan kembung.
Minyak Avokado
Ramuan mujarab untuk menentang masalah “stretch mark” terutama sekali selepas bersalin. Mengekalkan kelembapan agar kulit tidak kering dan menghilangkan kedut.

Minyak Anugerah ini telah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat Al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk Al-Quran yang terkandung di dalam Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:
•  Surah al-Faatihah                       •   Surah Luqman
•  Surah al-Qadr                              •   Surah al-Kafirun
•  Surah al-Ikhlas                             •   Surah al-Falaq
•  Surah an-Naas                            •   Surah al-Isra’ ayat 28
•  Surah at-Taubah ayat 128          •   Ayat Kursi
•  Surah al-Baqarah                        •   Surah al-Isra'
•  Surah as-Saaffaat                       •   Surah A-li’imraan
•  Surah al-Waaqi’ah ayat 19         •   Ayat-ayat Ruqyah
•  Bacaan istighfar                           •   Bacaan doa penyembuh angin ahmar
•  Bacaan doa khatamul Quran      •   Selawat Nabi dan doa syifa’
•  Selawat Tafrijiyyah                      •    Ayat penawar, pembatal sihir dan pukau
•  Doa menghindari ganguan syaitan    

Cubalah Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini dan anda mendapat manfaat seperti:
•           kekejangan otot selepas bersukan berkurangan
•           senggugut beransur hilang
•           kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan
•           badan semakin bertenaga dan bersemangat
•           terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
•           pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya


Cara menggunakan Minyak Sejuta Rahsia
Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luar sahaja. Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah kerana Ianya telah didoakan.

Kita hanya mampu berikhtiar, segalanya ditentukan dengan keizinannya..

Rabu, 28 November 2012

SUPER LEBAT SHAMPOO BERHERBA

Pada 20 November 2012 aku beli shampoo nie (Super Lebat Shampoo Berherba) di kedai Noor Anis Beauty TJ Mart Saleng Kulai. Tengok kandungannya memang yang macam aku cari... Dari ramuan Herba Asli Tradisi Melayu turun-temurun. Yang penting tiada kandungan SLS. Harga jualan RM25.00 tapi aku dapat diskaun RM22.00 sekotak.


Super Lebat Shampoo ini dirumuskan khas daripada 100% herba yang diperkaya dengan vitamin dan protein untuk kesuburan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut, khusus bagi mengatasi masalah rambut bercabang, kering, gugur dan kelemumur. Shampoo ini sesuai untuk semua jenis rambut kering, normal dan berminyak.


Bahan Aktif dalam Shampoo nie seperti berikut:
Extrac of Hisbicus
Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara)
Olive Oil
Spirulina
Mengkudu (Morinda Citrifolia)
Vitamin dan Mineral
Citrus Hystrix (Limau Purut)
Delonized Water
Berat :  180ml sebotol


Kegunaan dan kelebihan Super Lebat Shampoo Berherba
  • Menghasilkan melanin yang mengekalkan rambut asli kehitam-hitaman tanpa perlu diwarnakan.
  • Sesuai digunakan sebagai shampoo harian rambut agar kekal segar dan bersinar selepas mandi.
  • Membekalkan oksigen yang mencukupi bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengguatkan akar rambut agar tidak mudah putus serta memelihara kesihatan rambut.
  • Mengatasi masalah rambut gugur, beruban, kelemumur dan melebatkan rambut.
  • Sesuai digunakan oleh lelaki mahupun wanita.   
Juz nak share kebaikan shampoo yang baru aku guna nie. Memang perh.. Bagus padaku le... Rambut rasa harum dan lembut..


Testimoni Pengguna Super Lebat Shampoo Berherba


Jumaat, 16 November 2012

AURA CEO COFFEE


Khasiat dan kelebihan Aura CEO Coffee
Dengan hanya minum Aura CEO Coffee anda mendapat :
  • Ketenangan fikiran dan emosi.
  • Memberi keyakinan diri.
  • Membantu mengurangkan berat badan.
  • Membantu mengurangkan rasa lapar.
  • Menghilangkan rasa mengantuk.
  • Memberi kecergasan ketika memandu kenderaan.
  • Membantu menambahkan tenaga.
  • Meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.
  • Kebahagiaan rumahtangga.

Bahan-bahan :
Kopi segera dari biji Kopi Arabica,
Krimer Tanpa Lemak,
Gula Halus,
Yis Merah,
Nelumo Nucifera (Lotus Seed),
Roselle

Cara Bancuhan :
Larutkan sebungkus kopi CEO dalam secawan air panas. Kacau mengikut putaran lawan arah jam sebanyak 7x disertakan Bismillah dan Selawat Nabi (bagi orang Islam). Simpan di tempat yang dingin dan kering. Jauhi dari sinaran matahari secara langsung.

Harga Jualan : RM32.00 (S/M)   RM38.00 (S/S)
(tidak termasuk kos penghantaran)
Berat :  23g x 15 sachets per kotak 



TESTIMONI PAKAR PERUNDING AURALIFE
DATO DR HJ MOHD FADZILAH KAMSAH

Selasa, 13 November 2012

WARNA DAN PERSONALITI DIRI


HIJAU
v Unsur / Elemen          :  Air
v Perwatakan fizikal      :  Bentuk Lumber
v Deria                         :  Memori Ingatan
v Positif                        :  Kuat berfikir, Pemikiran Kritis, Objektif, Pemikiran tajam, Peramah, Boleh dipercayai, Pintar, Bercakap sopan dan manis.


MERAH / MERAH JAMBU
v Unsur / Elemen          :  Api
v Perwatakan fizikal      :  Bentuk abdomen
v Deria                         :  Mata @ penglihatan
v Positif                        :  Terbuka, Tenang, Menghayati, Rasional, Kreatif, Kasih sayang, Keriangan, Pemurah, Kematangan, Tersendiri


PUTIH
v Unsur / Elemen          :  Angin
v Perwatakan fizikal      :  Bentuk muka yang aneh
v Deria                         :  Telinga @ pendengaran
v Positif                       :  Deria otak yang peka, Bijak, Cerdik, Perancang, Boleh membaca situaasi, Yakin diri, Jujur, Martabat, Kepimpinan, Kerohanian, Semangat tinggi.


BIRU 
v Unsur / Elemen          :  Tanah
v Perwatakan fizikal      :  Struktur tulang belakang
v Deria                         :  Kinestetik @ pergerakan fizikal
v Positif                        :  Matang, Intelek, Berpandangan jauh, Cekal dan tabah, Tegas, Kebolehan fizikal, Cita-cita tingggi, Agresif, Bergaya dan Bertanggungjawab.

Isnin, 12 November 2012

AURA DAN CAKERA WARNA


AURA
Aura merupakan medan tenaga biologi, ataupun medan psikik yang menyelubungi semua makhluk (sebahagian daripada fizikal badan manusia). Aura juga adalah medan tenaga elektromagnetic yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yang berbentuk bujur telur. Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling slow dibahagian bawah dan paling laju dibahagian crown chakra yang mempunyai 7 pintu tenaga yang diwakili oleh warna-warna pelangi...)

Aura sebenarnya terdiri daripada 7 LAPISAN, dimana lapisan luaran berkaitan dengan JIWA dan ROH, manakala lapisan dalaman pula sering dikaitkan dengan MINDA, EMOSI dan KESIHATAN. Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan yang mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita. Ia juga boleh dipengaruhi oleh unsur luaran dan warnanya berubah-ubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.

CAKRA
Cakra adalah perkataan bahasa Hindi, yang bermaksud 'Roda Tenaga'. Cakra memetakan pusat-pusat dan saluran aliran tenaga batin dan emosi. Aliran tenaga ini mengawal kesihatan fizikal dan minda seseorang. Di dalam badan manusia, terdapat 7 pintu tenaga cakra yang diwakili oleh warna-warna pelangi yang berada di badan kita yang terletak di sepanjang tulang belakang sehingga ke atas kepala. Ke semua 7 cakra ini mempunyai sifat-sifat yang berlainan dan juga melambangkan fungsi-fungsi yang tersendiri. Cakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang.

Pengaliran tenaga melalui 7 pintu cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita. Pintu-pintu cakra ini menerima segala tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu-pintu cakra ini tersumbat atau tertutup maka kemungkinan untuk kita terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan perkembangan personaliti akan kita tempuhi. Haa tu yang nanti jadi penyedih, pemendam, baran, kurang keyakinan, negatif thinking menebal, pelupa, hilang fokus dan sebagainya..

Ajaran cakra boleh difahami daripada 2 perspektif:-
a) Kelakuan atau pesona seseorang, iaitu pemikiran, perasaan, emosi, fahaman diri, daya cipta dan lain-lain.
b) Kesihatan fizikal, di mana kita mengkaji kelemahan pada badan dan mengira indeks kesihatan



Terdapat 7 cakera warna adalah seperti berikut di bawah...

PINTU CAKRA 1 - Root (Akar (berada di bahagian seksual)  
Warna: MERAH ( Warna Untuk Menyeimbangkan Pemikiran Negatif Dan Emosi Aasas )
Pintu ini berkait rapat dengan survival, security dan safety. Tenaga dari cakra ini yang akan menjadikan kita berjaya dalam hidup, dalam perniagaan dan dalam pekerjaan. Sekiranya pintu cakra ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang penakut, sering kecewa, insecure dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit-sakit dibahagian kaki).

·        Semua penyakit berkaitan darah, masalah urat timbul, buasir.
·        Pembekuan darah di dalam pembuluh atau jantung.
·        Rawatan cirit-birit, najis berdarah, sindrom radang usus dan sembelit.
·        Merawat resdung dan mengawal penyakit selsema.
·        Mengubati masalah mata, migrain, tekanan perasaan, trauma dan mimpi kronik.
·        Untuk semua kesakitan fizikal, ia juga baik untuk segala masalah berkaitan urat saraf dan tulang.
·        Boleh merawat bahagian kaki ke bawah
·        Penawar untuk toksik dan pencemaran elektrik
·        Mengawal emosi serta bertindak sebagai penawar toksik dalam otak 
·        Mudah memahami
·        Cergaskan minda
·        Memberi ketenangan jiwa
·        Memberi tenaga


PINTU CAKRA 2 - Belly (Sacral) atau bahagian peranakan wanita  
Warna: OREN ( Warna Keghairahan Dan Potensi )
Pintu ini mewakili sexuality, creativity, intuition dan harga diri. Orang yang confident, kreatif dan open minded adalah orang yang menjaga pintu cakra ke 2 ini... Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjadi seorang yang suka mengongkong orang, negatif atau close minded. Orang-orang ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure, stiff lower back, constipation dan muscles spams.

·       Untuk wanita, ia berkaitan dengan semua masalah sakit puan, senggugut, tekanan sebelum haid, haid tidak teratur, putus haid (menopaus) dan masalah kedinginan.
·      Untuk fungsi kelelakian, mati pucuk, trauma emosi berkaitan dengan keinginan, penghasilan sperma yang sangat kurang, kesuburan, masalah prostat, jangkitan salur kencing
·         Mempengaruhi emosi
·         Menaikkan seri wajah
·         Merawat sengal sendi
·         Kuatkan tenaga seksual & berkeinginan
·         Sesuai untuk pasangan suami isteri, pengantin



PINTU CAKRA 3 - Solar Plexus (Perut)  
Warna: KUNING ( Warna Keberanian )
Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan dan kekuatan. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang ceria, outgoing, ada maruah diri, expressive and enjoy hidup dan challenges in life. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita tidak ada confidence, terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang kita dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.

·         Kuatkan daya ingatan
·         Berkuasa, memberi tenaga
·         Sistem penghadaman (masalah sakit di bahagian perut, hati, duodenum, hempedu, pankreas), gastrik, ulser (luka dalam perut)
·         Meredakan masalah buah pinggang dan kulit
·         Masalah kolesterol
·         Penstabilan sistem rangsangan
·         Mengawal emosi dan panas baran
·         Bagi anak yang degil, malas bangun tidur ke sekolah


PINTU CAKRA 4 - Heart (Jantung) 
Warna: HIJAU ( Warna Kasih Sayang Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili emosi, kasih sayang, compassion dan kerohaniah (spiritual). Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang peramah, compassionate, orang yang sentiasa bersangka baik pada orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang paranoid, indecisive (tak tetap pendirian), takut untuk dikecewakan dan tak tau menghargai kasih sayang.

·         Meraih simpati orang
·         Masalah emosi berkaitan perasaan, patah hati, sakit kepala
·         Masalah kesedihan  
·         Masalah pernafasan dan sakit dada serta meluaskan saluran pernafasan
·         Masalah buah dada dan kawasan berhampiran tangan
·         Masalah berkaitan hati, paru-paru, batuk, asma, radang paru-paru dan sakit  jantung
·         Gangguan tisu halus
·         Sesuai untuk interview, peniaga


PINTU CAKRA 5 - Throat (Leher)  
Warna: BIRU ( Warna Hubungan Dan Pertuturan )
Pintu ini mewakili pusat komunikasi samaada melalui suara atau tulisan. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang kreatif dalam penulisan, fikiran dan pemimpin yg bagus. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang lemah semangat, tidak percaya akan kebolehan sendiri, pendiam dan takut pada baying-bayang sendiri.

·        Masalah berkenaan dengan tekak, Tyroid, Paratyroid, Lyrynx dan Tonsil
·        Masalah bertutur (gagap) dan melancarkan kata-kata
·         Menghilangkan gugup dan murung
·         Memberi tenaga berlebihan
·         Berkeyakinan dan banyak idea
·         Sesuai untuk pelajar, penceramah dan cikgu
·         Metabolisma tidak seimbang
·        Gangguan selera, masalah berat badan dan suhu badan tidak menentu. Ambil bersama serap sebagai program perlangsingan.


PINTU CAKRA 6 - Third Eye (Mata ke 3)  
Warna: INDIGO ( Warna Untuk Keceriaan Dan Ketenangan )
Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, minda yang tinggi dan spiritual yg tinggi. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang tau apa yang dia mahu dalam hidup, telepati dan orang yang boleh melihat kehidupan orang lain. Sekiranya pintu ini tersumbat, kita adalah orang yang takut pada kejayaan dan ego tak kena tempat.

·         Menjana *Nervous System*
·         Mata kiri
·         Anti bakteria dan Anti oksidan
·      Semua jenis penyakit berkaitan hidung, sakit tulang, muka, sakit telinga dan sakit mata
·         Masalah Neurologi


PINTU CAKRA 7 - Crown (Ubun-Ubun)  
Warna: VIOLET dan PUTIH ( Warna Untuk Semangat, Ingatan Dan Fikiran )                                
Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran-fikiran yang dinamik dan tenaga-tenaga yang alpha. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tinggi kerohaniahnya dan orang yang berfikiran tinggi dan positif. Roh ditiup melalui ubun-ubun dan ditarik juga melalui ubun-ubun... Pintu ini adalah pintu yang paling nak dijaga.

·         Menjana kesihatan dan penyembuhan
·         Awet muda
·         Menaikkan seri wajah, memberi tenaga serta kecergasan
·         Menjana hormon, memori dan menumpukan perhatian
·         Kebolehan mengingat
·         Penawar toksin dalam otak
·         Mata kanan
·         Migrain, Trauma.
·         Mimpi yang kronik,
·         Menyeimbangkan fikiran dan kepintaran.
·         Mengurangkan tekanan kerja

Info lanjut boleh tengok di sini Auralife
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...